Lelaki ditahan selepas dua tahun diburu kes samun berkumpulan

POLIS menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dalam kes samun berkumpulan di sebuah unit kondominium di Jalan Dua, Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, yang berlaku pada Mac 2024.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, suspek berusia lewat 20-an itu diberkas hasil risikan dan maklumat berterusan oleh Bahagian Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Menurutnya, tangkapan dilakukan kira-kira jam 12 tengah hari pada 10 Julai lalu di tepi Jalan Sungai Jelok, Kajang, Selangor.

“Ketika serbuan dijalankan, polis turut merampas sehelai seluar jeans dan sepasang kasut yang dipercayai dipakai suspek semasa kejadian samun berkenaan.

“Suspek kemudian direman selama tujuh hari bermula 11 Julai hingga 17 Julai ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rosdi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada suspek mempunyai kaitan dengan individu lain yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img