Murid Tahun Satu maut dipercayai dilanggar bas sekolah

SEORANG murid Tahun Satu maut dipercayai dilanggar bas sekolah di Jalan Bunga Raya 3, dekat Taman Sri Lalang, di Kluang hari ini.

Dalam kejadian jam 4.20 petang, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata siasatan awal mendapati bas sekolah dipandu wanita berusia 36 tahun itu dikatakan baru sahaja menurunkan mangsa di Jalan Bunga Raya.

Bagaimanapun, katanya ketika mahu membelok ke Jalan Bunga Raya 3, bas terlanggar murid lelaki itu yang ketika itu berada di sebelah kiri jalan.

“Mangsa terjatuh dan cedera parah pada kepala sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya melalui kenyataan.

Sejurus kemalangan itu, katanya pemandu bas terbabit mengalami trauma dan pengsan di lokasi kejadian.

“Pemandu bas masih dirawat di hospital dan ujian saringan air kencing akan dijalankan sebaik dia keluar dari hospital.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan J alan 1987,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img