Keputusan Bersatu bertanding guna logo sendiri hak mereka – Pas

PAS tidak akan campur tangan dengan keputusan Bersatu untuk menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kerana itu adalah hak parti itu.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, Pas juga menghormati keputusan Bersatu untuk meletakkan calonnya menggunakan logo parti sendiri.

“Keputusan Bersatu menggunakan logo sendiri di Negeri Sembilan adalah hak mereka dan kita tidak akan campur tangan dalam urusan parti lain,” katanya di Kota Bharu hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu turut mengulangi pendirian Pas pada PRN Johor yang lalu apabila parti itu mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi Barisan Nasional (BN) di kerusi yang tidak ditandingi Pas.

“Saya tidak pasti sama ada Bersatu lebih suka melihat DAP atau Pakatan Harapan (PH) menang di Johor hanya kerana PN tidak bertanding di semua kerusi,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, keputusan Pas itu dibuat berdasarkan pertimbangan politik parti dan tidak seharusnya disalah tafsir sebagai melemahkan komitmen parti terhadap PN.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi mengumumkan bahawa parti itu akan menggunakan logo sendiri bagi calonnya pada PRN Negeri Sembilan.

PRN Negeri Negeri Sembilan ke-16 dijadualkan berlangsung pada 1 Ogos, manakala hari penamaan calon ditetapkan pada Sabtu ini.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img