Di Johor menyekat, di Negeri Sembilan ambil alih – Annuar Musa

PERIKATAN Nasional (PN) mendakwa ada pendekatan ‘lebih hebat dan berbisa’ bersama UMNO-Barisan Nasional (BN) ketika menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa mendakwa setakat ini, semua enam parti komponen dalam PN dan BN sudah mencapai kata sepakat berkenaan pendekatan yang akan digunakan dalam pilihan raya itu.

Beliau berkata, secara kasar dasar pendekatan sudah disepakati namun perbincangan lanjut akan dilaksanakan parti masing-masing.

“Saya tak boleh dedahkan, namun kali ini pendekatan digunakan jauh lebih hebat dan berbisa.

“Di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lebih bersifat menyekat tetapi untuk Negeri Sembilan adalah untuk mengambil alih pentadbiran negeri,” katanya ketika ditemui di Rimbara, Puteri Saadong, Bukit Marak, Kota Bharu hari ini, lapor BH.

Annuar yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, Pas akan mengadakan mesyuarat malam ini di Pejabat Agung Pas bagi membincangkan jumlah dan calon bagi kerusi pada pilihan raya itu dengan penamaan calon pada Sabtu ini.

Katanya, pengesahan dan kelulusan calon akan dimuktamadkan pada mesyuarat itu dan akan diumumkan pada Khamis.

“Untuk jumlah kerusi dan calon yang akan bertanding serta di mana yang akan bertanding, kena sabar dan tunggu pengumuman dibuat sendiri Presiden Pas (Tan Sri Abdul Hadi Awang) atau Setiausaha Agung parti,” katanya.

Semalam, Abdul Hadi berkata, Pas sedia bekerjasama dengan UMNO-BN dan menerima jika calon Menteri Besar Negeri Sembilan daripada parti itu sekiranya kerjasama kedua-duanya dimuktamadkan pada PRN Negeri Sembilan.

Pada PRU 2023 lalu, Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan negeri bersama BN dengan menang 31 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan pecahan PH 17 kerusi, BN 14 kerusi dan lima lagi milik PN.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img