DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan, amanah sebagai penjawat awam menuntut integriti, kecekapan, keberanian melakukan perubahan serta iltizam untuk sentiasa meletakkan kepentingan rakyat dan negara mengatasi segala-galanya.
Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, perkara itu ditekankan ketika bertemu dengan kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang sedang mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam, di pejabat beliau di Putrajaya, hari ini.

“Masa depan negara bergantung pada barisan kepimpinan dan perkhidmatan awam yang berwibawa, berprinsip serta mampu mengangkat tata kelola yang baik demi Malaysia yang lebih maju, adil dan sejahtera,” kata Anwar dalam hantaran itu hari ini.






