Gadai kepercayaan demi kemenangan bukan strategi politik PKR,PH – Fuziah

PKR dan Pakatan Harapan (PH)  tetap bertegas bahawa menggadaikan kepercayaan demi kemenangan bukan dalam kamus strategi politik mereka.

Bagaimanapun Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh berkata, parti itu mengambil maklum perkembangan semasa berkaitan persefahaman dan kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan .

‘PKR dan PH menghormati hak setiap parti untuk menentukan pendekatan dan strategi masing-masing dalam menghadapi pilihan raya. PKR kekal dengan pendirian sebarang keputusan politik di peringkat negeri sentiasa dinilai berdasarkan kepentingan serta aspirasi rakyat Negeri Sembilan,’’ katanya dalam kenyataan melalui Facebook.

Beliau berkata, PRN Negeri Sembilan merupakan pentas demokrasi untuk parti-parti menawarkan dasar, rekod perkhidmatan dan kepimpinan terbaik kepada rakyat.

‘’Justeru, PKR kekal fokus memperjuangkan isu-isu kesejahteraan rakyat, peluang ekonomi, kos sara hidup, pembangunan seimbang serta tadbir urus yang telus dan berintegriti.

‘’Berteraskan prinsip ‘bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat’, PKR tetap bertegas bahawa menggadaikan kepercayaan demi kemenangan bukan dalam kamus strategi politik kami,’’ tegasnya.

Beliau berkata, agenda pembangunan negara serta kebajikan rakyat dapat terus dilaksanakan dengan berkesan ialah paksi serta tunjang utama mendasari setiap langkah politik kami.

‘’Perbezaan strategi politik dalam pilihan raya negeri merupakan perkara biasa di dalam seni kepada segala kemungkinan,’’ katanya.

Fuziah menyeru PKR dan PH  kekal fokus, berdisiplin dan bekerja dengan penuh iltizam untuk meraih keyakinan rakyat serta mempertahankan mandat PH di Negeri Sembilan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img