Pasangan beri alasan pulang lewat malam sebelum ditahan berkhalwat

ALASAN tidak sempat pulang ke Johor Bahru kerana sudah lewat malam tidak dapat menyelamatkan sepasang lelaki dan wanita daripada ditahan kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di Pontian, malam tadi.

Pasangan berusia lingkungan 20-an itu ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam operasi pemeriksaan berkala dan secara rambang kira-kira jam 12.30 malam.

“Ketika tiba di hadapan bilik hotel, penguat kuasa mengetuk pintu beberapa kali dan pintu hanya dibuka kira-kira lapan minit kemudian oleh seorang lelaki memakai seluar pendek.

“Selepas memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa, penguat kuasa yang menjalankan pemeriksaan lanjut dalam bilik itu menemui seorang wanita berselimut atas katil tanpa pakaian dan dia diminta memakai pakaian lengkap dalam tandas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hasil soal siasat mendapati pasangan itu bukan suami isteri dan tidak mempunyai hubungan mahram, malah lelaki terbabit mengaku mereka hanya berkawan.

Pasangan itu dipercayai mendaftar masuk ke hotel kira-kira jam 9 malam selepas menaiki kereta lelaki berkenaan, dengan bayaran bilik dibuat sepenuhnya olehnya.

Kedua-duanya ditahan kerana disyaki berkhalwat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor dan akan didakwa di Mahkamah Syariah.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img