Ketua balai polis didakwa terima rasuah RM500 ditahan kerja

KETUA balai polis yang ditahan reman berhubung dakwaan menerima rasuah RM500 daripada warga asing telah dikenakan tindakan ditahan kerja.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kes membabitkan ketua balai itu kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Bagi kes ketua balai polis berkenaan ia masih dalam siasatan SPRM dan kita tahan kerja dulu untuk siasatan lanjut oleh JIPS,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Media semalam melaporkan, seorang ketua balai polis direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah RM500 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap seorang warga asing.

Perintah reman hingga 26 Julai terhadap suspek berusia 41 tahun itu dikeluarkan Majistret Amirul Asyraf Abdul Rashid mengikut Seksyen 117 Kanun Tata Cara Jenayah selepas menerima permohonan pegawai SPRM.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img