Manifesto PH  berasaskan pencapaian Aminuddin, bukan janji kosong – kata Steven Sim

MANIFESTO yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 bukan sekadar janji manis kosong.

Sebaliknya ia dirangka berasaskan pengalaman serta rekod pencapaian nyata pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun, kata Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim.

Sim yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata manifesto yang menggariskan 10 komitmen utama sebagai tawaran kepada pengundi itu merupakan satu penambahbaikan serta kesinambungan daripada pelbagai program dan dasar berimpak tinggi yang telah terbukti keberkesanannya sebelum ini.

“Sesiapa sahaja boleh mengeluarkan manifesto, tetapi kelebihan tawaran PH adalah ia berasaskan pengalaman dan pencapaian yang telah terlaksana.

“Saya nampak manifesto ini adalah bukti, bukan sahaja kekuatan tetapi iltizam politik untuk meneruskan perjuangan kepada rakyat, meneruskan pencapaian angka ekonomi yang baik dan juga manfaat yang boleh dirasa sendiri oleh rakyat Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan warga dan agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Negeri Sembilan, di Seremban hari ini.

Antara komitmen yang diumumkan menerusi manifesto PH semalam ialah penubuhan Tabung Usahawan Belia (TUB) bagi memperkasa usahawan muda di negeri itu yang ada kaitan di bawah KUSKOP.

SPR menetapkan tarikh pengundian awal bagi PRN Negeri Sembilan pada 28 Julai, manakala hari pengundian 1 Ogos.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img