Dua beradik ditahan disyaki belasah pemuda hingga parah

DUA beradik lelaki ditahan polis selepas disyaki membelasah seorang pemuda sehingga mengalami kecederaan parah dalam kejadian di Flat Sri Pulau Pinang, Cheras, Sabtu lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 21 tahun mengalami kecederaan pada bahagian hidung, mata dan kepala sebelum dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 3.33 pagi.

“Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan polis dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras berjaya menahan dua lelaki tempatan berusia 21 dan 22 tahun yang disyaki terbabit dalam kejadian itu.

“Mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian hidung, mata dan kepala dan telah dibawa ke HCTM untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah.

Katanya, kedua-dua suspek telah direman bagi membantu siasatan, manakala kertas siasatan sedang dilengkapkan sebelum dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img