Bezza terbabas rempuh beberapa motosikal parkir

SEBUAH Perodua Bezza terbabas sebelum merempuh beberapa motosikal yang diparkir di bahu jalan dalam kejadian di Jalan Santuari Utama, dari arah Prima Setapak menghala ke Wangsa Maju, dekat Kuala Lumpur, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, pemandu lelaki tempatan berusia 22 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan berkenaan yang turut tular di media sosial.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati pemandu Perodua Bezza itu sedang bergerak di lorong paling kiri sebelum bertindak mengelak sebuah motosikal yang keluar dari simpang di sebelah kanan jalan.

“Tindakan itu menyebabkan pemandu hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar beberapa buah motosikal yang diparkir di bahu kiri jalan.

“Tiada kecederaan dilaporkan membabitkan pemandu motokar, manakala identiti pemilik motosikal yang terlibat masih sedang dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk merakam percakapan pemandu, mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, mengesan pemilik motosikal yang terlibat serta mencari saksi bebas bagi membantu siasatan.

Katanya, kes diklasifikasikan di bawah Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img