Setiausaha, bendahari NGO disyaki seleweng dana RM5 juta ditahan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan setiausaha dan bendahari sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram membabitkan penyelewengan dana pertubuhan bernilai kira-kira RM5 juta.

Menurut sumber, kedua-dua suspek, seorang lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 30-an ditahan kira-kira jam 10 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Katanya, siasatan mendapati suspek disyaki menerima, memiliki, mengubah, memindah dan menggunakan wang hasil aktiviti haram berkaitan penyelewengan wang pertubuhan bagi kepentingan peribadi.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2021 hingga 2023,” katanya, lapor Buletin TV3.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML), Datuk Norhaizam Muhammad ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Beliau berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Norhaizam berkata, kedua-dua suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pada 29 Julai depan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img