”Berbeza langkah, jangan putus kawan…’’- pantun PM tarik perhatian

Burung merbah terbang sekawan,

Guruh berdentum membelah awan;

Berbeza langkah, jangan putus kawan,

Selagi muafakat, kita sehaluan.

Pantun ini dikongsikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Facebook beliau, ketika suasana kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan semakin panas.

Walaupun ia sekadar pantun namun ia mempunyai makna mendalam memandangkan Pakatan Harapan (PH) yang diketuai oleh Anwar dan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kini bersaing sengit di PRN tersebut.

Ia lebih menarik perhatian apabila pantun dizahirkan beberapa hari selepas Anwar memberi amaran kepada  menteri, timbalan menteri dan pemegang jawatan dalam agensi kerajaan supaya tidak menggunakan kedudukan mereka untuk menyerang rakan dalam kerajaan persekutuan ketika berkempen.

Kenyataan Anwar itu dibalas oleh Ahmad Zahid yang menegaskan Perdana Menteri boleh memecat beliau dan menteri BN lain jika tidak menyukai mereka, sambil menegaskan beliau tidak melihat sebab untuk mana-mana daripada lapan menteri BN meletakkan jawatan.

Dalam hantaran di Facebook itu, Anwar turut berkongsi gambar mesyuarat Kabinet yang antaranya dihadiri Ahmad Zahid dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang juga Setiausaha agung DAP.

Anthony bertanding di DUN Chennah manakala Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan akan mempertahankan kerusi DUN Rantau.

Gambar-gambar yang dipaparkan oleh Perdana Menteri dalam Facebook  menjadi bukti biarpun  berbeza pandangan politik dan akan bertarung sesama sendiri untuk memenangi 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan namun di peringkat pusat mereka tetap bersatu hati menguruskan negara.

PRN kali ini menarik kerana BN membuat persefahaman dengan Pas apabila BN bertanding 25 kerusi manakala PN bertarung di 11 kerusi untuk menumbangkan Kerajaan PH yang dipimpin Datuk Seri Aminuddin Harun.

.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img