Juruteknik maut motosikal terperosok bawah lori

SEORANG juruteknik pendingin hawa maut apabila motosikal ditungganginya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 34 Jalan Kuala Selangor-Meru, dekat persimpangan lampu isyarat Persiaran Mokhtar Dahari di Kuala Selangor hari ini.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, lelaki berusia 35 tahun itu terperosok ke bawah lori.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintenden Mohd Ambia Nordin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang Modenas Kriss dalam perjalanan dari Meru menghala ke Kuala Selangor.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, penunggang motosikal itu cuba memotong lori di sebelah kiri namun hilang kawalan.

“Motosikal itu kemudian terbabas lalu memasuki bahagian bawah kenderaan berat terbabit,” katanya ketika dihubungi media, lapor Harian Metro.

Mohd Ambia berkata, mangsa yang cedera parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, pemandu lori iaitu lelaki berusia 30 tahun tidak mengalami kecederaan.

“Mayat dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img