Tiga pelajar lelaki ditahan bantu siasatan kes pukul

TIGA pelajar lelaki sekolah menengah kerana disyaki memukul seorang pelajar lain di sebuah flat di Ampang.

Ketua Polis Ampang Jaya, Khairul Anuar Khalid, berkata dalam kejadian 12.31 tengah hari semalam, mangsa dibawa ke bawah tangga sebuah blok di Flat Sri Nilam oleh seorang pelajar lelaki sebelum dipukul di bahagian muka dan badan oleh suspek.

“Motif kejadian dipercayai kerana mengganggu teman wanita seorang daripada suspek, kejadian kemudian dirakam oleh seorang pelajar lelaki dan disebarkan ke dalam kumpulan WhatsApp,” menurut kenyataan.

Tiga remaja itu ditahan petang tadi. Kes disiasat mengikut Seksyen 147/507B Kanun Keseksaan.

Terdahulu, video memaparkan seorang pelajar lelaki dipukul pelajar lain tular di media sosial.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img