Raja Muda Selangor umum kelahiran puteri sulung

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan isteri Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz hari ini mengumumkan kelahiran puteri sulung baginda berdua Tengku Alia Amira Tengku Amir Shah.

Menerusi hantaran Facebook Raja Muda Selangor, Tengku Amir berkenan memaklumkan puteri sulung pasangan diraja itu dilahirkan pada 2.56 petang, 21 Julai lepas.

‘’Alhamdulillah. Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, Beta mengumumkan kelahiran puteri kami.  Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan, keberkatan dan rahmat yang berpanjangan buat anakanda kami.Terima kasih buat semua yang mendoakan kami sekeluarga.’’ 

Tengku Amir Shah dan Afzaa Fadini selamat diijabkabulkan dalam Istiadat Pernikahan Diraja di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, pada 2 Oktober 2025



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img