2 kapal korek ditahan bawa muatan pasir lebih had, rampasan cecah RM400 juta

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan dua kapal korek semalam selepas dikesan membawa muatan pasir melebihi had dibenarkan.

Pengarah Maritim Malaysia Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, kedua-dua kapal itu ditahan pada kedudukan kira-kira 2.7 batu nautika barat daya Pulau Rimau ketika rondaan rutin dijalankan pihaknya.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati setiap kapal dikendali 14 kru warga asing terdiri lima warga Indonesia dan sembilan warga China.

Menurutnya, kedua-dua kapal masing-masing dikendali nakhoda warga Indonesia berusia 28 dan 31 tahun.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua kapal disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana membawa muatan pasir melebihi had ditetapkan.

“Keseluruhan nilai rampasan membabitkan dua kapal berserta muatan pasir dianggar RM400 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Suffi berkata, tiga kru daripada setiap kapal ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia Pulau Pinang dan diserah kepada Pegawai Penyiasat Maritim bagi tindakan serta siasatan lanjut.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img