Kapal nelayan hanyut ke perairan Indonesia diselamatkan

SEBUAH kapal nelayan tempatan yang hanyut ke perairan Indonesia, diselamatkan pihak berkuasa negara jiran itu kelmarin.

Kapal berkenaan yang dikendalikan oleh seorang tekong warga Laos dilaporkan terputus hubungan dan gagal dihubungi ketika menjalankan aktiviti penangkapan ikan di perairan Malaysia.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuching mendapat maklumat itu melalui Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) Putrajaya pada Jumaat lalu.

“Hasil koordinasi antara pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia, Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI AL) berjaya mengesan kapal berkenaan.

“Mereka kemudian menunda kapal itu ke Pos Angkatan Laut (POSAL) Temajuk bagi tujuan pemeriksaan dan tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan TNI-AL mendapati kapal berkenaan tidak melakukan sebarang kesalahan sepanjang insiden itu.

Pihak berkuasa Indonesia kemudian menghubungi Maritim Malaysia untuk menyerahkan kapal berkenaan dan dibawa balik ke Malaysia.

Berikutan itu, aset Maritim Malaysia, KM Kota Kinabalu dan Pengawal 42 digerakkan ke lokasi pertemuan untuk menerima kapal nelayan itu.

“Bot TNI AL bersama kapal nelayan itu tiba di lokasi di sempadan perairan Malaysia–Indonesia di Tanjung Datu, Sarawak pagi semalam dan proses penyerahan rasmi kapal itu kepada aset Maritim Malaysia berjaya disempurnakan.

“Maritim Malaysia turut menyalurkan bantuan bekalan diesel sebanyak 300 liter kepada kapal nelayan itu bagi membolehkan pelayaran pulang ke Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) di Muara Tebas,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img