Sukan Komanwel Glasgow : Aniq Kasdan hadiahkan emas pertama Malaysia

ATLET angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan, menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 selepas menjuarai acara lelaki 60 kilogram (kg) di Scottish Event Campus (SEC) Armadillo, hari ini.

Aniq muncul juara dengan jumlah angkatan keseluruhan 273kg, hasil catatan 121kg dalam acara snatch dan 152kg dalam clean and jerk.

Lebih membanggakan, angkatan 152kg dalam clean and jerk serta jumlah keseluruhan 273kg itu turut mencipta dua rekod baharu Sukan Komanwel.

Pingat perak dimenangi Rishikanta Singh Chanambam yang mencatat jumlah angkatan 264kg, manakala gangsa menjadi milik Joshua Amunga Mboya dari Kenya dengan 260kg.

Kejayaan Aniq membuka tirai kutipan pingat emas Malaysia di Glasgow, sekali gus melengkapkan pencapaian kontinjen negara yang sebelum itu meraih pingat gangsa menerusi jaguh powerlifting para negara, Bonnie Bunyau Gustin, lapor Bernama.

Aniq hadir ke Glasgow sebagai juara bertahan selepas memenangi acara 55kg lelaki pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 dengan jumlah angkatan 249kg.

Pada edisi itu, beliau melakukan angkatan 107kg dalam snatch dan 142kg dalam clean and jerk, yang ketika itu turut memecahkan rekod Sukan Komanwel.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img