Jabatan Peguam Negara teliti laporan RCI Tabung Haji, tentukan jika wujud pelanggaran undang-undang

JABATAN Peguam Negara (AGC) meneliti Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) bagi menentukan sama ada wujud sebarang pelanggaran undang-undang yang memerlukan tindakan pendakwaan.

AGC memaklumkan penelitian itu dibuat susulan keputusan Jemaah Menteri mengelaskan semula laporan RCI berkenaan dan mendedahkannya kepada umum.

 Dalam satu kenyataan AGC berkata, laporan itu mengandungi penemuan serius berkaitan aspek pengurusan, pelaburan serta dakwaan salah laku yang memerlukan penelitian lanjut.

“Jabatan ini akan mengambil tindakan segera meneliti laporan berkenaan bagi memastikan segala aspek siasatan oleh badan-badan penguatkuasa dapat dilaksanakan dengan menyeluruh dan komprehesif agar pertimbangan sewajarnya dapat dibuat bagi menentukan sama ada wujud sebarang pelanggaran undang-undang yang memerlukan tindakan pendakwaan dilaksanakan.

“Tindakan dan komitmen Jabatan ini adalah selaras dengan tanggungjawab perlembagaan Jabatan ini untuk memastikan siasatan senantiasa dijalankan mengikut peruntukan undang-undang dan bukti yang ada,” kata kenyataan itu.

Justeru, sebarang keputusan pendakwaan, sekiranya perlu, akan dibuat berasaskan undang-undang dan keterangan yang boleh diterima, tanpa dipengaruhi tekanan luar atau sentimen awam, kata AGC

AGC turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi, andaian atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan serta mengurangkan keyakinan terhadap kewibawaan dan kelangsungan TH dalam melaksanakan peranannya mengikut Akta Tabung Haji 1995.

Semalam, laporan RCI TH dikelaskan semula kepada umum selepas Jemaah Menteri bersetuju untuk mendedahkannya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img