Fahmi minta rujuk NRES, Wisma Putra status kebakaran di Kalimantan

KEMENTERIAN Komunikasi belum menerima maklumat terkini berhubung perkembangan usaha memadam kebakaran di Kalimantan, Indonesia yang dibimbangi boleh menyumbang kepada masalah jerebu rentas sempadan.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pihak yang ingin mendapatkan perkembangan lanjut mengenai perkara itu boleh merujuk kepada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) atau Wisma Putra.

“Setakat hari ini, saya tidak dimaklumkan apa status terkini. Mungkin ada yang berpandangan Monsun Timur Laut telah bermula dan alhamdulillah, keadaan jerebu di Semenanjung telah berkurangan dengan mendadak.

“Bagaimanapun, saya minta supaya merujuk kepada Menteri NRES atau pihak Wisma Putra untuk mendapatkan maklumat terkini dalam hal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis dalam sidang media mingguan di Kementerian Komunikasi di Putrajaya hari ini.

Kebakaran hutan dan tanah di Indonesia, khususnya di wilayah Kalimantan, sering menimbulkan kebimbangan berikutan asap yang terhasil berpotensi merentasi sempadan dan menjejaskan kualiti udara di negara jiran.

Isu jerebu rentas sempadan turut memerlukan kerjasama serantau, termasuk melalui platform ASEAN, bagi memperkukuh langkah pencegahan dan menangani kebakaran terbuka yang boleh mencetuskan pencemaran udara.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, beliau tidak mempunyai maklumat mengenai status komunikasi terkini antara Malaysia dengan Indonesia berhubung usaha memadam kebakaran berkenaan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here