Tiga beranak maut, Myvi bertembung lori tangki di Gua Musang

TIGA beranak maut manakala seorang lagi wanita cedera selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tangki membawa muatan diesel di Jalan Kuala Krai-Gua Musang berhampiran Gua Sejuk di Gua Musang awal pagi tadi.

Mangsa yang maut terdiri daripada seorang lelaki dewasa, seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan berkenan kejadian terbabit pada 7.16 pagi.

KEADAAN Perodua Myvi yang remuk selepas terlibat kemalangan dengan lori tangki membawa muatan diesel di Jalan Kuala Krai-Gua Musang berhampiran Gua Sejuk di Gua Musang awal pagi tadi. GAMBAR: JBPM Kelantan

Beliau berkata, operasi membabitkan dua jentera dan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang.

“Lori tangki berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

“Pertembungan berkenaan menyebabkan mangsa tersepit dan dikeluarkan oleh pihak bomba menggunakan peralatan penyelamatan,” katanya ketika dihubungi media.

Katanya, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Gua Musang untuk menerima rawatan lanjut dan mayat kesemua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img