Anwar doakan Agong dikurniakan keafiatan berpanjangan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan doa agar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dikurniakan keafiatan berpanjangan susulan keadaan kesihatan Seri Paduka Baginda yang sedang menjalani rawatan susulan.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar turut mendoakan agar Seri Paduka Baginda sentiasa berada dalam lindungan serta rahmat Allah SWT.

“Mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku dikurniakan keafiatan yang berpanjangan serta berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT,” katanya.

Difahamkan, ucapan itu dizahirkan susulan keadaan kesihatan Seri Paduka Baginda yang perlu menjalani rawatan susulan bagi masalah musculoskeletal melibatkan bahagian belakang dan pinggul.

Terdahulu, Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan Seri Paduka Baginda dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya berehat sebelum menjalani rawatan susulan bagi memberi ruang kepada proses pemulihan.

Sehubungan itu, Yang di-Pertuan Agong tidak dapat berangkat ke Istiadat Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya hari ini.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img