PRN Negeri Sembilan: Anwar jamin kerjasama dengan kerajaan negeri baharu

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas mandat diberikan rakyat untuk membentuk kerajaan Negeri Sembilan yang baharu.

Beliau turut memberi jaminan Kerajaan Persekutuan akan terus memberikan sokongan dan kerjasama kepada kerajaan negeri demi menjamin kesejahteraan serta kemakmuran rakyat Negeri Sembilan.

GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berkata, penghargaan setinggi-tingginya wajar diberikan kepada semua pengundi yang bersungguh-sungguh menunaikan tanggungjawab dalam proses demokrasi yang baru selesai.

“Penghargaan juga kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan yang telah memberikan kepercayaan kepada Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar selama lapan tahun.

“Alhamdulillah, sepanjang tempoh tersebut, PH telah meninggalkan legasi pentadbiran yang cemerlang berteraskan tata kelola baik, kestabilan serta pembangunan yang memanfaatkan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.

Beliau berharap legasi pentadbiran itu dapat terus diperkukuh demi memastikan kemajuan Negeri Sembilan dapat diteruskan.

“Kerajaan Persekutuan akan terus memberi dukungan dan kerjasama kepada Kerajaan Negeri Sembilan yang baharu demi kesejahteraan serta kemakmuran negeri dan rakyat keseluruhannya,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img