Terima kasih Negeri Sembilan – Abdul Hadi

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan kejayaan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) merampas kembali kerajaan negeri Negeri Sembilan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) malam ini suatu isyarat jelas bahawa rakyat menerima usaha penyatuan ummah yang berteraskan keadilan, kesejahteraan dan keharmonian masyarakat majmuk.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi Negeri Sembilan atas kepercayaan yang diberikan kepada PN dalam PRN Negeri Sembilan.

Ahli Parlimen Marang itu turut merakamkan penghargaan kepada seluruh kepimpinan PN dan BN, para calon, petugas serta jentera parti yang telah bekerja dalam satu saf bagi memastikan kejayaan PN-BN pada hari ini.

“Insya-Allah, kejayaan ini akan menjadi pencetus kepada gelombang perubahan yang lebih besar dalam usaha memulihkan negara, di samping membina sebuah pentadbiran yang bersih, prihatin, dan stabil.

“Pas menginsafi besarnya tanggungjawab dan kepercayaan ini. Keutamaan adalah untuk mengisi kemenangan melalui agenda berkebajikan, berintegriti dan adil kepada semua,a’ katanya dalam kenyataan malam ini.

Kerjasama BN dan PN memperoleh kemenangan besar di 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala gabungan Pakatan Harapan (PH) hanya menang 11 kerusi, menyaksikan kekalahan dua watak utama kerajaan negeri sebelum ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri  Aminuddin Harun dan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke.

Abdul Hadi dalam pada itu melahirkan kesyukuran atas kemenangan yang dicipta malam ini hasil gabungan Pn dan BN.

“Semoga Allah SWT memberikan petunjuk dan kekuatan kepada kita untuk menunaikan amanah rakyat dengan sebaik-baiknya,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img