PRN: Johor 11 Julai, Negeri Sembilan 1 Ogos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Julai 2026 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor manakala PRN Negeri Sembilan akan dijalankan pada 1 Ogos 2026.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata,  hari penamaan calon bagi PRN Johor ditetapkan pada 27 Jun manakala pengundian awal akan berlangsung pada 7 Julai 2026.

“Untuk PRN Negeri Sembilan tarikh penamaan calon ditetapkan pada 18 Julai 2026.Manakala pengundian dijalankan bermula pada 28 Julai 2026.

“Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari iaitu bagi Johor pada 27 Jun sehingga jam 11.59, 10 Julai 2026 manakala Negeri Sembilan bermula 18 Julai 2026 sehingga jam 11.59 malam, 31 Julai,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media selepasmempengerusikan mesyuarat khas SPR bagi membincangkan PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan pada 1 Jun lalu manakala DUN Negeri Sembilan dibubarkan pada 5 Jun lalu.

PRN Johor diadakan selepas DUN dibubarkan pada 1 Jun lalu setelah  mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tuanku Ismail.

Dalam PRN sebelum ini yang diadakan pada 12 Mac 2022, BN mencapai  kemenangan besar Barisan Nasional (BN) apabila menangi 40 daripada 56 kerusi dipertandingkanmanakala Pakatan Harapan (PH): 12 kerusim PerikatanNasional (PN): 3 kerusi dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) 1 kerusi.

Dalam PRN Negeri Sembilan pada 12 Ogos 2023, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menubuhkankerajaan negeri selepas menangi 31 daripada 36 kerusi yang dipertandingkan.

PH menang 17 kerusi dengan pecahan DAP 11 kerusi, PKR (5 kerusi) dan Amanah (1 kerusi) manakala Barisan Nasional (BN)  pula menang 14 kerusi. Perikatan Nasional menanglima kerusi melalui Pas 3 kerusi dan Bersatu 2 kerusi.

Bagaimanapun untuk PRN kali ini, PH dan BN akan bergerakberasingan selepas tercetus krisis politik pada 27 April apabila14 ADUN BN  menarik sokongan terhadap Menteri BesarNegeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Namun Kerajaan Negeri tidak tumbang memandangkankesemua ADUN tersebut  masih menyokong Kerajaan Perpaduan di negeri itu walaupun hilang kepercayaanterhadap Aminuddin.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img