Bekas CEO, CFO ditahan SPRM bantu siasatan pembelian saham RM370 juta

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) sebuah syarikat milik badan berkanun kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam proses pembelian saham dua syarikat perladangan bernilai RM370 juta.

Kedua-dua mereka masing-masing berusia 68 dan 60 tahun ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini, kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Bagaimanapun, kedua-duanya dibebaskan pada malam sama atas faktor kesihatan dan dijadual hadir semula ke ibu pejabat SPRM pada jam 10 pagi ini bagi menyambung rakaman percakapan.

Tindakan itu adalah susulan siasatan yang dijalankan pasukan khas ditubuhkan bagi menyemak serta meneliti hasil Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

Laporan RCI berkenaan didedahkan kepada umum menerusi portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 29 Julai lalu.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img