Pengamal perubatan alternatif ditahan disyaki cabul pelanggan

SEORANG pengamal perubatan alternatif ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencabul pelanggan wanita ketika mendapatkan rawatan di sebuah pusat rawatan di Senawang, bulan lalu.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasharudin Mohd Shariff berkata, suspek lelaki tempatan berusia lingkungan 60-an itu ditahan di sekitar Senawang pada 27 Julai lalu.

Menurutnya, setakat ini polis telah menerima empat laporan berkaitan kes berkenaan.

“Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan cabul yang melibatkan seorang pengamal rawatan alternatif di sebuah pusat rawatan di Senawang.

“Sehingga kini, polis telah menerima empat laporan berkaitan kes tersebut dan siasatan dijalankan dengan merakam percakapan pengadu serta saksi, selain memperoleh bahan bukti yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek ditahan hasil maklumat yang diperoleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih sehingga boleh menjejaskan siasatan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Sebelum ini, pempengaruh Caprice memuat naik video memaparkan perkongsian beberapa individu yang mendakwa dicabul oleh pengamal perubatan alternatif berkenaan ketika mendapatkan rawatan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img