Isu Tabung Haji, Felda : Agong titah siasat ‘sehingga ke lubang cacing’

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, kementerian serta agensi yang berkaitan digesa supaya meningkatkan kawalan serta tahap keselamatan di semua lapangan terbang dan pintu masuk negara.

Seri Paduka Baginda  bertitah langkah berkenaan bagi membendung kegiatan penyeludupan dadah serta mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

Sultan Ibrahim, bertitah aspek keselamatan di pintu masuk negara perlu sentiasa diperkasa menerusi penguatkuasaan yang lebih berkesan, pemantauan berterusan serta kerjasama erat antara semua agensi berkaitan.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim  di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Seri Paduka Baginda turut berkenan dipersembahkan taklimat Laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH), selain  isu semasa membabitkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Sultan Ibrahim bertitah supaya siasatan berhubung perkara berkenaan dilaksanakan secara menyeluruh dan tidak berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.

Seri Paduka Baginda turut bertitah agar siasatan dijalankan ‘sehingga ke lubang cacing’ bagi memastikan setiap pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan sewajarnya, selain memastikan perkara sama tidak berulang pada masa akan datang.

“Jangan ada yang terlepas daripada tindakan sekiranya benar-benar didapati bersalah. Yang penting, perkara seperti ini tidak boleh berulang,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO).



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img