2 kanak-kanak ditemukan lemas dalam empangan

DUA kanak-kanak ditemukan lemas selepas dilaporkan hilang di kawasan empangan di Jalan Murai 2, Taman Scientex, Pasir Gudang di Johor Bahru sejak petang semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Haizrul Rahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 10.36 malam.

Menurutnya, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian mendapati dua mangsa iaitu kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak petang.

“Bapa mangsa memaklumkan anaknya dikhuatiri lemas di kawasan empangan berikutan penemuan sebuah basikal dan selipar di lokasi kejadian.

“PKO menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat kedua-dua kanak-kanak itu masih dijalankan.

Sementara itu, Biro Kebajikan Parlimen Pasir Gudang dalam hantaran di Facebook memaklumkan, jasad kedua-dua mangsa yang dikenali sebagai Adam, 10, dan Haikal, 11, ditemukan kira-kira jam 2.12 dan 2.34 pagi tadi.

“Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa jenazah Adik Adam (10 tahun) dan Adik Haikal (11tahun) telah berjaya dikesan dan dikeluarkan oleh pihak bomba dari kawasan tasik masing-masing pada kira-kira jam 2.12 pagi dan 2.34 pagi tadi,” menurut hantaran itu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here