Tumpahan minyak akibat treler kemalangan di Ampang

SEBUAH lori treler dipercayai terbabit kemalangan menyebabkan berlaku tumpahan minyak berhampiran Kuil Sri Rajeswary, Jalan Kolam Air Lama, Ampang, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang menerima panggilan kecemasan pada jam 2.35 pagi sebelum tiba di lokasi lapan minit kemudian.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan, kejadian dipercayai berlaku susulan kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori treler.

Menurutnya, anggota bomba menjalankan kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak di lokasi bagi memastikan keadaan jalan selamat untuk pengguna.

“Komander operasi melaporkan berlaku tumpahan minyak di lokasi akibat kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori treler.

“Kerja-kerja membersihkan tumpahan minyak dilakukan oleh anggota bomba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi membabitkan tujuh anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS).

Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai mangsa atau kecederaan dilaporkan setakat ini.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here