Polis terima 35 laporan hutang duit kutu babit kerugian RM1.7 juta

POLIS menerima 35 laporan berkaitan seorang wanita yang dipercayai terbabit dengan kegiatan hutang duit kutu membabitkan keseluruhan kerugian sebanyak RM1.7 juta.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, kesemua laporan itu dibuat mangsa berusia antara 23 hingga 53 tahun.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan tiga beranak dilaporkan hilang dan gagal dihubungi selepas keluar dari rumah mereka di Taman Desa Bayanmas, Bukit Kayu Hitam, sejak 20 Julai lalu.

Susulan itu, bapa wanita berkenaan, 62, membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Kayu Hitam pada Isnin lalu selepas gagal mengesan anak perempuan, menantu dan cucunya.

Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu kira-kira jam 1.50 pagi Khamis lalu sebelum direman selama empat hari sehingga hari ini.

Tempoh reman pasangan suami isteri berusia 39 dan 36 tahun itu bagaimanapun disambung dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung hutang duit kutu berkenaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here