Spa diserbu, wanita Filipina disyaki terlibat aktiviti persundalan direman

SEORANG wanita warga Filipina ditahan bersama seorang lelaki tempatan selepas polis menemui mereka di sebuah bilik yang dipercayai digunakan untuk aktiviti persundalan dalam serbuan di sebuah spa di Sabindo Square, Tawau, semalam.

Wanita berusia 36 tahun itu ditahan dalam serbuan Op Noda yang dijalankan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau kira-kira jam 5.15 petang.

Suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga 14 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Don Stiwin Malanjum bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut terhadap suspek.

Berdasarkan keterangan kes ketika permohonan reman di mahkamah pagi ini, operasi berkenaan diketuai Inspektor Kasinam Kadri bersama beberapa anggota selepas polis menerima maklumat berhubung kegiatan persundalan yang dipercayai berlaku di premis terbabit.

Pemeriksaan awal mendapati beberapa pekerja di premis berkenaan memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut di tingkat satu premis membawa kepada penemuan sebuah bilik yang dipercayai digunakan untuk aktiviti persundalan.

Polis kemudian menemui seorang pekerja wanita warga asing bersama seorang lelaki tempatan yang disyaki pelanggan berada di dalam bilik berkenaan.

Hasil pemeriksaan turut membawa kepada rampasan beberapa barangan yang dipercayai berkaitan kes termasuk kondom, pembungkus kondom, lesen, daftar kerja harian, telefon bimbit, salinan pasport dan wang tunai RM150.

Suspek wanita berkenaan kemudian ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti persundalan dan disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Permohonan reman dikemukakan Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau, Sarjan Mohd Jafni Junat.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here