Suara Awang Selamat
Awang tak tahu nak ucap ‘tahniah’ atau ‘takziah’ kat Bersatu bila parti itu pecat Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan dan gantung sepenggal keahlian Ahli Parlimen Machang Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal. Jadi Awang ambil jalan selamat…ucap ‘tahniah’ dan ‘takziah’.
‘Tahniah’ sebab Bersatu melalui Lembaga Disiplin berani ambil tindakan terhadap dua Ahli Parlimennya. UMNO pun tak berani nak buat tindakan macam tu. Paling tinggipun gantung keahlian seorang sahaja Ahli Parlimennya iaitu Hishammuddin Tun Hussein…itupun gantung bukan pecat.
Maknanya Wan Fayhsal ‘sudah satu kelab’ dengan Hishammuddin. Eloklah tu kes pun lebih kurang sama sahaja. Tetapi tak apalah itu keputusan Lembaga Disiplin…kita kena hormat. Nanti bolehlah Wan Fayhsal cakap apa sahaja dalam Parlimen. Kalau beliau nak kritik apa yang Perikatan Nasional buat masa perintah dulu, ok la kan atas kapasiti Ahli Parlimen.
‘Tahniah’ juga kepada Bersatu kerana begitu berani menggantung Wan Fayhsal Ahli Parlimen Machang yang bukan sahaja bertanding guna lambang Pas tetapi juga di kerusi Parlimen milik Pas. Tetapi nak buat macam mana kan, ‘hati dah lama membara’ akhirnya ‘terbakarla’. Lepas ni Pas tak perlu la bagi kerusi kat Bersatu lagi, nanti ada lagi kena gantung.
Awang juga ucap ‘tahniah’ sebab akhirnya ramalan banyak pihak termasuk Awang bahawa Wan Saiful akan dipecat jadi kenyataan. Atas sebab apa beliau dipecat, Awang percaya Wan Saiful akan dedahkan.
Pada masa sama, Awang terpaksalah juga ucap ‘takziah’ kepada Bersatu kerana tindakan ke atas dua-dua ahli Parlimen bukanlah tindakan bijak. Awang sama sekali tidak salahkan Lembaga Disiplin…mereka hanya menjalankan tugas dan menjatuhkan hukuman mengikut fakta dan bukti.
Yang Awang ‘takziah’ tu sebab percaya dan yakin selepas ini Bersatu akan bergolak! Khabarnya ramai lagi dalam senarai akan digantung dan dipecat. Bermula pada hari ini satu demi satu krisis akan melanda parti yang umur tak sampaipun lagi 10 tahun.
Awang percaya Wan Saiful tidak akan duduk diam, begitu juga Wan Fayhsal sebab mereka la ni ibarat orang putih kata ‘nothing to lose’ atau orang kampung Awang cakap…’’tak rugi apa-apa’’. Sebab dah pasti PRU, mereka dah tak akan jadi calon untuk Bersatu.
Sebab itu Awang ucap ‘takziah’. Pergolakan Bersatu akan lagi jadi teruk. Jangan dok mimpi la nak menang pilihan raya atau berangan nak pilih siapa calon PM, kalau macam ni lah keadaan Bersatu. Kalau parti sendiripun macam ayam lepas sembelih dicampak dalam mesin cabut bulu…berselerak habis, macam nak perintah negara.
Awang nak ucap ‘takziah’ kat Pas sebab tak pasal-pasal akan terpalit.. Nak luah perasaan pun mesyuarat Majlis Presiden sampai ke hari ini tak buat walaupun khabarnya ada janji nak buat lepas muktamar Pas hari itu. Tok Guru Hadi mesti tertunggu-tunggu.
Kawan Awang kata ‘Bersatu dibersihkan’, Awang kata ‘Bersatu akan disisihkan’….tengoklah nanti..
Awang : patut la ramai bekas UMNO masuk Pas
UNDILAH |



