Polis tahan lelaki warga Thailand bersama 6,000 pil yaba

POLIS berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan seorang lelaki warga Thailand dan merampas 6,000 biji pil yaba bernilai RM60,000, di Jalan Kampung Rahmat-Lubok Stol di Rantau Panjang malam tadi.

Kejayaan itu hasil operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Kontinjen Kelantan hasil risikan dan maklumat awam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, suspek berusia 45 tahun ditahan kira-kira jam 7.30 malam dan dipercayai aktif sejak awal tahun ini.

“Hasil pemeriksaan pada tubuh suspek polis menemukan satu bungkusan kertas kekuningan mengandungi 6,000 biji pil disyaki dadah jenis pil yaba bernilai RM60,000.

“Jumlah dadah yang dirampas mampu merosakkan seramai 6,000 penagih yang menggunakannya.

“Modus operandi sindiket ini adalah menggunakan pangkalan haram di Sungai Golok bagi kemasukan dadah dari negara jiran ke negeri ini, sebelum dipasarkan sekitar Kelantan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Yusoff berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah amphetamine namun suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Lelaki itu kini direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Sabtu ini. Kejayaan ini adalah hasil risikan berterusan JSJN Kelantan serta kerjasama orang awam,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here