Lari dari polis trafik: Polis buru pemilik Kia Forte putih

POLIS sedang mengesan pemilik kereta jenis Kia Forte putih yang melarikan diri dari Polis Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di kawasan pusat bandar Eco Majestic, di Kajang hari ini sehingga tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 10.31 pagi ini membabitkan anggota cawangan trafik yang ketika itu mengejar kereta berkenaan.

Katanya, polis juga mengesan rakaman video insiden yang tular di platform Threads, dengan kereta itu dipandu oleh individu tidak dikenal pasti serta nombor pendaftaran tidak jelas berjaya meloloskan diri.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 279 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan untuk menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Hizwan Hamzah di talian 019-636 9835 bagi membantu siasatan.

Tambahnya, maklumat juga boleh disalur dengan menghubungi talian NG MERS 999 atau Pusat Kawalan Polis Daerah Kajang di talian 03-8911 4243.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here