SPRM tahan reman CEO Alam Maritim

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Alam Maritim Resources Bhd, Datuk Azmi Ahmad bagi membantu siasatan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, penyedia perkhidmatan marin luar pesisir itu menjelaskan reman berkenaan bukan bermakna sebarang salah laku telah dibuktikan terhadap Azmi.

“Lembaga Pengarah telah mengambil langkah perlu bagi memastikan operasi kumpulan terus berjalan dan akan membuat pengumuman lanjut sekiranya ada sebarang perkembangan,” katanya.

Azmi menyandang jawatan pengarah urusan kumpulan dan CEO syarikat itu sejak 2 Mei 2006.

Alam Maritim juga mempunyai hubungan perniagaan yang lama dengan Tabung Haji (TH), termasuk menerusi usaha sama yang ditubuhkan pada 2009 untuk melabur dan membiayai kapal sokongan marin luar pesisir.

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji sebelum ini mengenal pasti pelaburan membabitkan Alam Maritim dan TH Marine sebagai antara 14 pelaburan bermasalah, dengan susut nilai berjumlah RM278 juta kemudiannya direkodkan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here