Terperdaya janji pulangan dalam 24 jam, lelaki rugi RM100,000

SEORANG lelaki tempatan berusia 58 tahun kerugian RM100,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan yang menawarkan pakej serendah RM350 dan menjanjikan pulangan sehingga RM50,000 dalam tempoh 24 jam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, mangsa diperdayakan selepas tertarik dengan iklan skim pelaburan berkenaan pada 1 Julai lalu.

“Pelaburan dikenali Centralize itu diperkenalkan kepadanya daripada individu warga Indonesia menerusi WhatsApp.

“Mangsa yang berminat kemudian melakukan dua transaksi pemindahan wang ke dua akaun penerima berbeza,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Yusof, mangsa kemudian membuat pembayaran secara berperingkat dengan jumlah keseluruhan pelaburan mencecah RM100,000.

Beliau berkata, bayaran itu dibuat bagi mendapatkan pulangan keuntungan pelaburan yang kemudiannya disekat menerusi aplikasi Centralize.

“Mangsa menyedari dirinya ditipu apabila tidak menerima pulangan hasil pelaburan seperti yang dijanjikan selepas membuat beberapa pembayaran,” katanya.

Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi pada Isnin selepas mendakwa diperdaya menerusi skim pelaburan berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here