Penipuan dalam talian:  Syarikat telco diminta beri penjelasan selewat-lewat petang ini

SYARIKAT  telekomunikasi (telco) yang didakwa mendaftarkan jumlah talian secara berlebihan bagi tujuan penipuan atau scam memberikan penjelasan berhubung perkara itu selewat-lewatnya petang ini.

Ketika menegaskan perkara itu, Menterinya, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, beliau sudah meminta maklumat berkaitan sebelum tindakan lanjut diambil.

Tegasnya,  Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat telekomunikasi terlibat perlu memberikan penjelasan berhubung dakwaan berkenaan.

“Saya minta nanti CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) kepada syarikat telco tersebut memberi penjelasan.

“Sebelum penghujung hari ini, saya nak CEO kepada syarikat telco tersebut memberi penjelasan penuh tentang perkara ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Nasional Kesedaran Anti-Scam 2026, di Petaling Jaya hari ini.

Fahmi menegaskan, kerajaan turut melaksanakan beberapa sekatan, termasuk mewajibkan pendaftaran talian prabayar disahkan menggunakan MyDigital ID.

Beliau berkata,  langkah itu susulan penemuan sejumlah nombor telefon yang didaftarkan untuk disalahgunakan, termasuk membabitkan individu yang menyerahkan kad pengenalan mereka.

Pada masa sama, katanya, usaha menangani jenayah penipuan memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk agensi kerajaan dan sektor swasta.

Katanya, kerajaan turut memulakan usaha menerusi jawatankuasa kerja rentas agensi yang membabitkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC), Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Jabatan Imigresen (JIM), Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) serta syarikat telco.

Jawatankuasa itu diwujudkan bagi mengenal pasti kelompongan dalam tindakan menangani jenayah penipuan, termasuk dari aspek perundangan dan siasatan.

Bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, kerugian akibat jenayah penipuan dalam talian di Malaysia mencecah RM958 juta.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here