PM umum Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian 9 September ini

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Kerajaan MADANI akan mengadakan Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian pada 9 September ini bersempena sambutan Hari Malaysia 2026.

Menurut Perdana Menteri, jualan julung kali diadakan secara dalam talian itu akan memberi peluang kepada seluruh rakyat mendapatkan barangan keperluan harian pada harga berpatutan.

“Mengambil semangat kemerdekaan dan Hari Malaysia dan juga inisiatif yang diambil oleh TikTok Shop, saya sambut untuk meneruskan inisiatif, ikhtiar ini.

“Saya mahu selarikan ini dengan Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian,” katanya ketika berucap merasmikan TikTok Shop Summit Malaysia 2026 di Arch Gallery di Jalan Tun Razak hari ini.

Perdana Menteri memberitahu, beliau mahu inisiatif bagi menghargai seluruh rakyat ini dapat dihebahkan secara meluas, sekali gus membolehkan rakyat mendapatkan manfaat langsung dari insiatif ini.

Program Jualan Rahmah diterajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) adalah kempen jualan barangan keperluan asas dengan diskaun 10 peratus hingga 30 peratus lebih murah.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here