Lelaki ditahan pukul anak kucing guna penyapu

SEORANG lelaki ditahan polis selepas menyerah diri susulan tular rakaman memukul seekor anak kucing menggunakan penyapu logam di kawasan kediaman Bandar Tasik Idaman, Batu Gajah.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad berkata, lelaki itu ditahan selepas hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah, susulan pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tengah hari semalam.

Katanya, penahanan itu susulan rakaman video yang memaparkan suspek memukul seekor anak kucing beberapa kali menggunakan sebatang penyapu jenis aluminium di kawasan kediamannya.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku memukul anak kucing berkenaan menggunakan penyapu aluminium terbabit.

“Tindakan itu dilakukan kerana lelaki berkenaan mendakwa haiwan terbabit memasuki bahagian enjin, iaitu bonet hadapan kenderaan suspek yang diletakkan di kawasan rumahnya.

“Suspek bertindak sedemikian kerana dikhuatiri boleh mendatangkan bahaya kepada kucing itu serta menyebabkan kerosakan pada kenderaan sekiranya enjin dihidupkan atau kenderaan berjalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Md Noor Aehawan berkata, anak kucing berkenaan bagaimanapun masih hidup walaupun dipukul suspek dan kemudiannya diambil jirannya untuk dibawa ke klinik veterinar bagi mendapatkan rawatan.

Beliau berkata, laporan veterinar akan dipohon bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 kerana khianat terhadap haiwan.

Terdahulu, perbuatan suspek memukul anak kucing yang tular di media sosial mendapat kecaman ramai, termasuk netizen yang mahu tindakan turut diambil terhadap majikan lelaki terbabit susulan suspek ketika kejadian memakai pakaian tempat kerja.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here