PM jelaskan Malaysia sokong Dasar Satu China sejak 1974

DATUK Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian Malaysia menyokong Dasar Satu China bukan perkara baharu, sebaliknya sudah diamalkan sejak 1974 di bawah pentadbiran Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Beliau berkata, pendirian itu kekal konsisten sehingga kini namun Malaysia sentiasa berpandangan bahawa sebarang penyelesaian berhubung isu Taiwan perlu mengutamakan jalan damai.

“Saya hanya ikut (dasar) yang konsisten. Tentunya kita hormat pendirian negara China, tetapi jalan damai terbaiklah.

“Itu yang sekarang dilakukan. Dasar Malaysia yang mengiktiraf Dasar Satu China bukan baharu. Ia sudah diproses oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya kepada media selepas menghadiri TikTok Shop Summit Malaysia 2026 di Arch Gallery di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Kementerian Luar Taiwan yang mendakwa beliau secara terbuka memberikan justifikasi terhadap pendirian Beijing mengenai penyatuan semula Taiwan melalui kekerasan.

Dalam wawancara bersama Al Jazeera baru-baru ini, Anwar berkata, beliau melihat Taiwan sebagai sebahagian daripada China.

Menurutnya, pendirian Malaysia itu selari dengan pendirian PBB yang mengiktiraf Republik Rakyat China sebagai wakil China, manakala Taiwan mempunyai kedudukan tersendiri dalam sistem antarabangsa.

“Jadi bukan perkara baharu. Cuma cara yang ditekan oleh Al Jazeera itu mungkin menimbulkan satu reaksi yang negatif,” katanya.

Beliau turut memberi contoh, Amerika sejak beratus tahun dahulu selepas Perang Kemerdekaan,tidak mengizinkan perpecahan di mana-mana negeri pun.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here