Kerajaan tidak akan pertimbang prinsip asas GST, bersedia tambah baik SST – PM

KERAJAAN tidak akan mempertimbangkan prinsip asas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana cukai berkenaan bersifat meluas dan dikenakan kepada rakyat termasuk golongan paling miskin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya perlu, penambahbaikan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan mengambil kira beberapa komponen GST boleh dilakukan.

“Namun prinsip asas Kerajaan MADANI adalah tidak mahu meningkatkan cukai kepada penduduk yang miskin, dengan itu GST sebagai prinsip tidak boleh dipertimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan TikTok Shop Summit Malaysia 2026 di Arch Gallery di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas kemungkinan pelaksanaan cukai terhadap pembayaran elektronik, Anwar berkata, sebarang cadangan berkaitan perlu dinilai berdasarkan kerangka percukaian negara yang lebih menyeluruh.

Selasa lalu, Perdana Menteri mengumumkan, kerajaan terbuka untuk mengkaji penambahbaikan sistem percukaian, termasuk kemungkinan menggabungkan ciri tertentu SST dengan GST.

Bagaimanapun katanya, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap prinsip untuk tidak mengenakan cukai secara menyeluruh ke atas rakyat.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here