Laporan siasatan Felda akan diumum dalam masa terdekat – PM

KERAJAAN akan mengumumkan laporan siasatan berkaitan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dalam masa terdekat selepas Pasukan Petugas Khas menyelesaikan siasatan yang sedang dijalankan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau kini menunggu laporan lengkap siasatan berkenaan sebelum hasilnya didedahkan kepada umum.

“Pasukan Petugas Khas telah bermula dan saya tunggu lengkap siasatan, kemudian kita umum dalam masa yang singkat,” katanya kepada media selepas menghadiri Sesi Ramah Mesra bersama Pengurusan Tertinggi Felda di Bangi, hari ini.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya siasatan berkaitan laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) serta isu semasa membabitkan Felda dilaksanakan secara menyeluruh dan tidak berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.

Anwar juga sudah menyembah maklum kepada Seri Paduka Baginda mengenai kemajuan siasatan serta laporan Pasukan Petugas Khas yang sedang diperhalusi kerajaan.

Perdana Menteri dalam pada itu berkata, dapatan siasatan itu adalah dari segi aspek memperbaiki pengurusan Felda, selain mengenal pasti permasalahan yang berlaku sebelum ini.

“Urusan memperbaiki pengurusan tentunya mengenal pasti permasalahan lalu, tetapi yang penting adalah pengurusan terkini dan langkah-langkah ke depan,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here