Remaja 15 tahun disuruh buka pakaian, polis buka siasatan

POLIS akan membuka kertas siasatan berhubung kejadian seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang ditemui pengsan di tepi jalan di Jalan Kemuning, Machang, pada 20 Ogos lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan awal mendapati remaja terbabit melarikan diri dari rumah sebelum terserempak dengan seorang lelaki yang menunggang motosikal.

“Remaja berkenaan menumpang motosikal itu sebelum disuruh oleh lelaki terbabit supaya membuka pakaiannya.

“Ketakutan dengan arahan itu, remaja berkenaan melarikan diri sebelum ditemui pengsan di tepi jalan oleh orang awam dan dibawa ke hospital,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, hari ini, lapor Buletin TV3.

Menurutnya, hasil pemeriksaan doktor tidak mengenal pasti sebarang elemen rogol terhadap mangsa.

“Tiada dikenal pasti elemen rogol cuma kita bimbang berlaku cubaan dan saya minta Ketua Polis Daerah (KPD) Machang buka kertas siasatan mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak,” katanya.

Media hari ini melaporkan polis menafikan dakwaan mangsa dibuang atau ditinggalkan di tepi jalan selepas ditemukan orang awam dalam keadaan tidak bermaya berhampiran sebuah stesen minyak di kawasan ‘bypass’ Machang.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here