`Sanusi, hentikan sikap menyalahkan Perdana Menteri atas kegagalan sendiri’ – Tunku Nashrul

MAJLIS Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Kedah mengecam tindakan Menteri Besar negeri itu, Datuk Seri Muhammad Sanusi MD Noor yang menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu lesen premis perjudian di Kedah.

SETIAUSAHA Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah

Berikut adalah kenyataan penuh Pengarah Komunikasi MPN Keadilan Kedah, Tunku Nashrul Abaidah:

Saya mengecam kenyataan biadab Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menghamburkan makian terhadap Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim terkait isu lesen premis perjudian di negeri ini.

Hakikatnya, Sanusi selaku Menteri Besar yang menerajui keputusan tersebut telah kalah dalam tindakan undang-undang berkenaan. Tindakan pentadbiran pimpinannya dibatalkan selepas mahkamah mendapati ia melangkaui bidang kuasa negeri, manakala permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu turut ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

Malaysia mengamalkan pemisahan kuasa antara tiga cabang utama, yakni badan perundangan, eksekutif dan kehakiman. Kes ini berpunca daripada keputusan pentadbiran Sanusi, dicabar oleh pihak pengendali dan diputuskan secara bebas oleh badan kehakiman. Perdana Menteri tidak terlibat dalam menentukan keputusan mahkamah.

Sanusi usah baling batu sembunyi tangan. Sikap bermuka-muka dan berpura-pura suci dalam isu ini jelas mencerminkan kemunafikan politik. Realitinya, ketika PAS berada dalam Kerajaan Perikatan Nasional, pentadbiran yang disertai partinya meningkatkan cabutan khas judi daripada lapan kepada 22 kali setahun. Sebaliknya, Dato’ Seri Anwar sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang dihamun oleh Sanusi itulah yang menurunkannya kembali kepada lapan kali setahun.

Tindakan paling celaka adalah mengelirukan rakyat, memaki Dato’ Seri Anwar dan mengheret pihak yang tiada kena-mengena semata-mata untuk menutup kelemahan sendiri. Sanusi, usah alih tiang gol, sila jawab kekalahan pentadbiran sendiri secara berfakta dan berhenti menjadikan Perdana Menteri sebagai sasaran.

TUNKU NASHRUL ABAIDAH

Pengarah Komunikasi  Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Kedah

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here