PM teruskan muzakarah bersama agamawan, dalami masa depan Islam di Malaysia

DATUK Seri Anwar Ibrahim meneruskan siri muzakarah bersama golongan agamawan bagi mendapatkan pandangan, nasihat dan hikmah berkaitan perjalanan serta masa depan Islam di Malaysia.

Perdana Menteri berkata, dialog bersama para ilmuwan agama bukan sekadar pertemuan, sebaliknya menjadi ruang untuk kerajaan melakukan muhasabah supaya setiap ikhtiar yang dilaksanakan sentiasa dipandu ilmu dan nasihat.

GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

Menurut beliau, pandangan golongan agamawan juga penting bagi memastikan dasar dan usaha kerajaan dapat diperhalusi mengikut keperluan umat serta tuntutan semasa.

“Bagi saya, dialog seperti ini bukan sekadar pertemuan tetapi ruang untuk bermuhasabah agar setiap ikhtiar kerajaan sentiasa dipandu ilmu, diluruskan dengan nasihat dan diperhalusi mengikut keperluan umat serta tuntutan zaman,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau malam ini.

GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

Dalam hantaran sama, Anwar berkata, beliau turut berkesempatan bertemu Syeikh Dr Muhyiddin Awwamah yang mewakili Darul Hadis al-Awwamiyyah.

Beliau turut menzahirkan penghargaan atas pemberian beberapa kitab karya ayahanda Syeikh Dr Muhyiddin, Al-‘Allamah Syeikh Muhammad bin Awwamah, yang disifatkannya sebagai ulama besar dan pakar hadis tersohor.

“Pemberian yang bukan sekadar naskhah bertinta, tetapi warisan ilmu yang menghubungkan generasi, menyambung mata rantai tradisi keilmuan Islam,” katanya.

Anwar berharap pertemuan berkenaan menjadi sebahagian daripada usaha ke arah manfaat lebih besar, selain menegaskan kepentingan ilmu dalam membimbing perjalanan umat.

“Agama sentiasa subur apabila kekuasaan sudi mendengar suara ilmu, dan ilmu terus menjadi pelita kepada perjalanan umat,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here