Dadah guna aset tentera: Lima lagi ditahan, termasuk pegawai TUDM

LIMA lagi individu termasuk seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditahan bagi membantu siasatan sindiket pengedaran dadah yang dipercayai menggunakan aset ketenteraan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua tangkapan terbaharu itu dilakukan menerusi operasi di sekitar Lembah Klang, semalam.

Menurut beliau, tangkapan itu hasil risikan dan siasatan susulan penahanan 13 individu sebelum ini, membabitkan enam pegawai serta anggota TUDM dan tujuh orang awam.

Beliau berkata, hasil risikan dan siasatan berterusan oleh JSJN Bukit Aman berkaitan tangkapan 13 orang terdiri daripada enam pegawai dan anggota TUDM dan tujuh orang awam,  JSJN Bukit Aman telah melakukan lima lagi tangkapan baharu untuk membantu siasatan mengenal pasti dalang di sebalik pengedaran dadah tersebut.

“JSJN Bukit Aman telah menahan seorang lelaki pegawai TUDM di pekarangan pejabat Cawangan Penyiasatan Jenayah Zon Tengah, Pangkalan Udara Subang, Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Empat lagi individu yang ditahan terdiri daripada orang awam termasuk seorang warga China, masing-masing berusia antara 26 hingga 30 tahun.

Hussein berkata, siasatan dan risikan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti dalang utama serta individu lain yang dipercayai terbabit dalam rangkaian sindiket berkenaan.

Pagi ini, tiga pegawai TUDM berpangkat Leftenan dan Kapten bersama tiga orang awam didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas pertuduhan mengedar dadah menggunakan aset TUDM.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here