Empat beranak ditemukan maut di sebuah kondominium di Kepong

SEORANG lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah kondominium di Persiaran Residen, Kepong petang tadi manakala isteri dan dua anak pasangan itu ditemukan meninggal dunia di dalam unit kediaman berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 3.32 petang.

Beliau berkata, lelaki berusia 48 tahun itu dipercayai terjatuh dari bangunan kondominium berkenaan.

“Polis kemudian ke rumah keluarga itu dan dengan bantuan pihak bomba berjaya membuka pintu unit berkenaan.

“Selepas pintu unit itu dibuka, polis menemukan tiga individu yang meninggal dunia di dalam bilik berasingan,” katanya kepada media hari ini, lapor BH.

Menurut Fadil, tiga mayat ditemukan dalam unit kondominium itu ialah wanita berusia 47 tahun yang juga isteri kepada lelaki berkenaan serta dua kanak-kanak iaitu perempuan berusia sembilan tahun dan lelaki berusia tujuh tahun.

Katanya, terdapat kesan kecederaan parah pada bahagian leher ketiga-tiga mereka.

“Polis turut menemukan sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk melakukan perbuatan itu bagaimanapun punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Beliau menambah, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here