‘’Semuanya First Class…’’ – catatan terakhir Joey

CATATAN  terakhir penyanyi kumpulan Bumiputra Rockers (BPR), Johari Mat Rozekhi atau Joey, di Facebook sehari sebelum Allahyarham kembali ke rahmatullah menyentuh perasaan ramai.

Melalui hantaran Joey meluahkan rasa terharu selepas menerima layanan istimewa ketika berada di Istana Budaya, malam tadi termasuk diberikan tempat letak kenderaan betul-betul di hadapan tangga pintu masuk serta bilik utama.

Allahyarham sempat membuat persembahan dalam program Pesona Malaysia: Laman Santai di situ, sebelum menghembuskan nafas terakhir pagi ini.

“Dia kata santai, tapi lebih dari VIP. Very special treatment. Aku betul-betul terharu. Dia bagi aku parking betul-betul depan tangga entrance. Bilik utama. Semuanya First Class,” catat Allahyarham.

Allahyarham mula mencipta nama bersama BPR sekitar 1985 dan meninggalkan legasi lebih empat dekad dalam industri muzik tanah air.

Bersama BPR, Allahyarham dikenali menerusi lagu popular seperti Aku Hanya Serangga, Dari Sinar Mata dan Seribu Tahun Takkan Mungkin yang terus dikenang peminat muzik rock tanah air.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here